Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Maut dihempap pagar besi

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Pontian: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dua bulan maut dihempap pintu pagar besi sebuah taska di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, di sini, petang semalam.

Nur Adawiyah Zulkifli yang juga murid di taska itu disahkan meninggal dunia jam 6.39 petang ketika tiba di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami kecederaan di dahi.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kira-kira 5 petang, semua murid mula dijemput ibu bapa masing-masing termasuk mangsa, abang serta kakaknya yang dijemput ibu berusia 36 tahun.

Beliau berkata, ibu mangsa kemudian berbual bersama guru sambil membantu mengemas kelas, manakala mangsa dan kakak serta abangnya yang berusia tujuh serta lima tahun bermain di luar premis.

"Kira-kira 6 petang, ibu mangsa mendengar bunyi bising dan berlari keluar sebelum mendapati mangsa terbaring dihempap besi pagar taska itu.

"Pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan namun, siasatan awal mempercayai mangsa bermain sorong tarik pagar menyebabkan roda pagar terkeluar dari landasan lalu menghempapnya.

"Kakak dan abang mangsa sempat melarikan diri," katanya.

Zakaria berkata, mayat dihantar ke Hospital Pontian di sini, untuk bedah siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Image: 

Pontian: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dua bulan maut dihempap pintu pagar besi sebuah taska di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, di sini, petang semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853