Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Gajah dibunuh, gading diambil

$
0
0
Utama

ardyhansah@hnetro.com.my

Kota Kinabalu: Gajah yang mempunyai gading menghala ke bawah seperti haiwan prasejarah yang ditemui di Felda Umas, Tawau, Ogos lalu, ditemui mati ditembak di kawasan Sungai Segama, Lahad Datu, dekat sini, semalam.

Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) Dr Benoit Goossens berkata, bangkai haiwan yang dipasang alat pengesan satelit itu ditemui pihaknya dan Unit Perlindungan Hidupan Liar Sabah (JHL).

"Berdasarkan data yang direkodkan dalam kalung pengesan satelit, gajah jantan itu dipercayai dibunuh pada 20 November lalu sebelum gadingnya diambil oleh pemburu haram.

"Lebih menyedihkan satu lagi bangkai gajah turut ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi bangkai gajah pertama dengan kesan kecederaan di muka dan gadingnya juga hilang," katanya.

Katanya, ada kesan tembakan pada haiwan berkenaan dan ia dilakukan oleh pemburu haram.

"Cukup menyedihkan apabila haiwan mamalia unik dan terlindung ini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

"Kami berharap agar pihak berkuasa memburu dalang yang membunuh gajah ini," katanya.

Pada 11 Ogos lalu, sekumpulan kakitangan JHL menemui gajah jantan dengan gading menghala ke bawah atau dikenali 'gading cangkul' menyerupai gajah prasejarah 'Deinotherium' di Felda Umas, Tawau.

Haiwan berkenaan kemudiannya ditangkap sebelum dilepaskan ke Hutan Simpan Kawag, berhampiran Lembah Danum, Lahad Datu bagi membolehkannya hidup dalam habitat semulajadi.

Image: 
Image: 

Kota Kinabalu: Gajah yang mempunyai gading menghala ke bawah seperti haiwan prasejarah yang ditemui di Felda Umas, Tawau, Ogos lalu, ditemui mati ditembak di kawasan Sungai Segama, Lahad Datu, dekat sini, semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853