Kuala Lumpur: Restoran mamak, di sini, yang video pekerjanya membersihkan kuali menggunakan penyapu lantai ‘viral’ di Facebook, semalam, diarahkan tutup esok kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang tadi.
Jurucakap jabatan itu berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya.
Katanya, pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan orang ramai yang melihat video itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok.
“Kita akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia benar-benar bersih,” katanya.
Sementara itu, pelanggan restoran berkenaan, Ahmad Faizal Abdul Rahim berkata, dia terkejut apabila mendapati tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan.
mamek.png