Kuala Lumpur: Setakat jam 10 malam ini, empat lagi syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang dan Johor mengumumkan kenaikan kadar tol antara hingga 20 sen hingga 4.70 dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini, menjadikan 12 lebuh raya mengalami kenaikan kadar tol.
Senai-Desaru Expressway Berhad mengumumkan kadar tol baharu pengguna Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) di empat plaza tol keluar di SDE iaitu Plaza Tol Senai, Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar membabitkan kenderaan kelas satu hingga empat dengan kadar purata 80 sen sehingga RM4.70 manakala kenderaan kelas lima tiada penyelarasan.
Kenderaan kelas satu iaitu kereta mengalami kenaikan dari 80 sen hingga RM2.30, kelas kedua iaitu lori kurang daripada satu tan mengalami kenaikan dari RM1.20 hingga RM3.50, kenderaan kelas tiga iaitu lori besar dan treler pula naik dari RM1.50 hingga RM4.70, manakala kenderaan jenis kelas empat iaitu teksi pula mengalami kenaikan 40 sen hingga RM1.20,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mustaza Salim menerusi kenyataan hari ini.
Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) Sdn Bhd turut mengumumkan penyelarasan struktur kadar tol di lebuh raya itu antara 10 sen hingga RM2 membabitkan sistem kutipan tol tertutup bagi Plaza Tol Kajang Selatan, Plaza Tol Semenyih, Plaza Tol Pajam, Plaza Tol Mantin, Plaza Tol Sentul dan Plaza Tol Jelebu yang menggunakan sistem tol terbuka.
Bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) LDP, Linkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) mengumumkan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan kecuali kelas lima iaitu bas.
Struktur kadar tol baharu di LDP merangkumi RM2.10 bagi kelas pertama, RM4.20 (kelas dua), RM6.30 (kelas tiga), dan RM1.10 (kelas empat) manakala kelas
lima kekal pada harga RM1.60.
Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) turut memaklumkan kenaikan kadar tol bagi empat kelas kenderaan yang melalui Plaza Tol Damansara, Plaza Tol Pantai, dan Plaza Tol Bukit Kiara.
Kadar tol baharu di Plaza Tol Damansara bagi kelas pertama ialah RM2, kelas dua (RM4), kelas tiga (RM6) dan kelas empat (RM1) manakala kelas lima kekal pada harga RM1. Bagi Plaza Tol Pantai kenderaan kelas satu RM2.50, RM7 untuk kelas dua, RM10.50 bagi kelas tiga dan RM1.80 bagi kelas empat.
Bagi Plaza Tol Bukit Kiara pula, kadar tol baharu bagi kelas pertama ialah RM3, RM6 (kelas dua), RM9 (kelas tiga) dan RM1.50 (kelas empat) dan kekal RM2 bagi kelas lima. - Bernama
Petang tadi, lapan syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini, membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART). Berita lanjut di http://www.hmetro.com.my/node/84542
gombak.png

Kuala Lumpur: Setakat jam 10 malam ini, empat lagi syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang dan Johor mengumumkan kenaikan kadar tol antara hingga 20 sen hingga 4.70 dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini, menjadikan 12 lebuh raya mengalami kenaikan kadar tol.



