Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tak sempat sambut hari jadi [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Seberang Jaya: "Hari ini hari lahirnya yang ke-45. Dia anak saudara yang sangat baik dan suka merendah diri. Saya sangat terasa kehilangannya."

Begitulah kata A Bijeikumaran, 58, iaitu bapa saudara kepada Mejar C Kayamboo, 45, yang terkorban dalam nahas pesawat malang Beechcraft King Air 200T di Butterworth, hari ini.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan kira-kira 7 malam daripada anaknya.

"Selepas mengetahui kemalangan yang menimpa anak saudara, saya bergegas ke unit forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ)," katanya yang menetap di Bagan Ajam.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anak saudaranya ialah beberapa minggu lalu ketika majlis kenduri saudara mara.

"Anak saudara saya bekerja sebagai juruterbang dan berpangkalan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

"Isteri mangsa bekerja sebagai jururawat di Klinik Kesihatan di Georgetown dan mangsa mempunyai tiga orang anak yang masih kecil.

"Hari ini adalah hari jadi mangsa yang ke-45 dan keluarganya sudah membuat persiapan untuk menyambutnya," katanya yang ditemui di Unit Forensik HSJ.

Dalam kejadian 5.18 petang, 21 Disember, pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang itu turut membawa tiga kru udara yang dilaporkan parah.

Image: 

Seberang Jaya: "Hari ini hari lahirnya yang ke-45. Dia anak saudara yang sangat baik dan suka merendah diri. Saya sangat terasa kehilangannya."

Juruterbang TUDM terbunuh manakala 3 cedera

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853