Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

25 rumah hangus [METROTV]

$
0
0
Utama

fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua puluh lima rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Batu 4 Setengah, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, 85 anggota terbabit dalam usaha memadankan kebakaran di lokasi kejadian.

Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh sampai pada 7.45 malam.

"Angin kencang menyebabkan api marak dengan begitu cepat di kawasan seluas 800 meter persegi.

"Pemadaman dijalankan menggunakan 12 pancutan air. PGO Kuala Lumpur turut menerima bantuan dari PGO Selangor dan menghantar bantuan jentera membawa tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipanggil untuk memotong bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

"Api dikawal dalam masa satu jam dan pihak bomba juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain," katanya

Image: 

Kuala Lumpur: Dua puluh lima rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Batu 4 Setengah, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

25 rumah setinggan terbakar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853