Kota Tinggi: Mayat wanita dipercayai dibunuh ditemui tertiarap dengan tangan diikat belakang di kebun getah di Kampung Lukut dekat Batu Ampat, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penemuan mayat itu pada 11 pagi semalam.
Beliau berkata, tiada sebarang kad pengenalan diri dijumpai di kawasan kejadian.
"Berdasarkan keadaan mayat, kita percaya mangsa sudah meninggal dunia sehari sebelum penemuannya.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Menurut Rahmat, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kota Tinggi: Mayat wanita dipercayai dibunuh ditemui tertiarap dengan tangan diikat belakang di kebun getah di Kampung Lukut dekat Batu Ampat, semalam.