Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tumpu HSR bagi KL-Singapura

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Tiada rancangan untuk memanjangkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke utara tanah air sebaliknya tumpuan hanya akan diberikan bagi laluan Kuala Lumpur-Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak rasa projek itu akan dipanjangkan kerana ia mungkin akan lebih menyukarkan.

Menurutnya, Malaysia dan Singapura akan memastikan projek berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan mengikut peruntukan yang sudah dipersetujui bersama.

"Apa yang penting projek itu akan dapat disiapkan mengikut jadual," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Terdahulu, Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) pelaksanaan projek HSR selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Image: 

Putrajaya: Tiada rancangan untuk memanjangkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke utara tanah air sebaliknya tumpuan hanya akan diberikan bagi laluan Kuala Lumpur-Singapura.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853