Bau: Semua 30 pendaki yang terkandas di Gunung Brik, Kampung Tringgus, di sini berjaya keluar dengan selamat.
Pendaki yang terdiri daripada 17 lelaki dan 13 perempuan daripada Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang berjaya keluar berperingkat bermula 11.20 pagi dengan kumpulan terakhir pada 2.55 petang.
Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Gregory Kurung Suwen berkata, semua mangsa turun secara berperingkat dalam enam kumpulan.
Menurutnya, semua mangsa berusia 17 hingga 52 tahun dalam keadaan selamat dengan dua mengalami kecederaan ringan.
"Semua pendaki pergi ke gunung itu yang mengambil masa kira-kira enam jam perjalanan pagi Sabtu lalu.
"Mereka dijadualkan turun semalam tetapi terkandas berikutan hujan lebat dan paras air sungai meningkat," katanya.
Katanya, mereka bermalam di satu kawasan dan mula turun 10 pagi tadi.
"Operasi disertai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau bersama pasukan MUST bomba. Selain itu, operasi turut dibantu polis dan penduduk kampung" katanya.
Bau: Semua 30 pendaki yang terkandas di Gunung Brik, Kampung Tringgus, di sini berjaya keluar dengan selamat.