Aceh: Gempa bumi kuat yang melanda beberapa kawasan di Pidie Jaya di sini, tidak menghalang masyarakatnya mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul secara sederhana sejak pagi tadi.
Ini termasuk ratusan pelajar pusat pengajian Islam Mahadal Ulum Diniyah Islamiah (MUDI) Samalangkab, Bireuen, di sini, yang mengadakan pelbagai program keagamaan diselangi selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Pusat pengajian pondok moden itu sebelum ini turut terkesan apabila bangunan utamanya setinggi empat tingkat runtuh dalam kejadian gempa yang berlaku.
Tragedi itu menyebabkan empat penuntut dan tiga tenaga pengajar cedera dan masih dirawat di Hospital Pidiejaya sehingga kini.
Majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan itu turut disertai penduduk sekitar yang menyumbang derma bagi membangunkan semula pusat pengajian Islam terkenal itu.
Aceh: Gempa bumi kuat yang melanda beberapa kawasan di Pidie Jaya di sini, tidak menghalang masyarakatnya mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul secara sederhana sejak pagi tadi.