Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Alhamdulillah, anak selamat...

$
0
0
Utama

ardyhansah@hmetro.com.my

Tawau: Bayi perempuan, 8 bulan, yang diculik lelaki di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, pagi tadi, selamat ditemui.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu mangsa, 32, menerusi aplikasi WhatsApp pada 8.52 malam tadi.

"Syukur alhamdulillah anak saya selamat dan baru saja tiba di rumah," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Difahamkan bayi itu ditemui orang ramai di ladang kelapa sawit di daerah ini, dipercayai ditinggalkan suspek.

Sementara itu, polis mengesahkan bayi perempuan itu sudah ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, bayi terbabit sudah bersama keluarganya.

"Kita mengesahkan bayi itu sudah ditemui dalam keadaan selamat dan berada bersama keluarganya.

"Bagaimanapun siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum itu, kehilangan bayi tersebut disedari ibu saudaranya ketika bangun tidur pada 6.15 pagi tadi.

Mangsa dikatakan tidur bersama ibu dan ibu saudaranya sedang tidur di ruang tamu rumah mereka dalam keadaan pintu rumah tertutup tapi tidak terkunci.

Berita berkaitan:

Angkara hutang rakan, anak diculik

Image: 

Tawau: Bayi perempuan, 8 bulan, yang diculik lelaki di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, pagi tadi, selamat ditemui.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853