Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Angkara hutang rakan, anak diculik

$
0
0
Utama

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Tawau: Lelaki menculik bayi perempuan berusia lapan bulan selepas dipercayai rakan bapa mangsa gagal membayar hutang dadah syabu bernilai RM100,000 di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas di sini, hari ini.

Bayi disedari hilang oleh ibu saudaranya selepas terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah mereka pada 6.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama ibu dan ibu saudaranya sedang tidur di ruang tamu rumah mereka dan ketika itu pintu rumah mereka tertutup tetapi tidak berkunci memandangkan ibu mangsa sibuk mengatur jualan nasi kuning di dapur rumahnya.

"Ibu saudara mangsa kemudian terjaga dan mendapati mangsa sudah tiada dipercayai diculik sebelum mereka bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis

"Pada masa yang sama bapa mangsa yang kini dalam penjara selama empat tahun di Samarinda Indonesia menerima maklumat daripada lelaki yang mendakwa menculik mangsa dengan syarat rakan bapa mangsa membayar hutang syabu yang diambilnya bernilai RM100,000," katanya di sini, hari ini.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek giat dilakukan.

Difahamkan, bapa mangsa kini dipenjarakan di Samarinda Indonesia selepas ditahan pihak berkuasa di negara berkenaan kerana membawa masuk syabu.

Image: 

Tawau: Lelaki menculik bayi perempuan berusia lapan bulan selepas dipercayai rakan bapa mangsa gagal membayar hutang dadah syabu bernilai RM100,000 di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853