Kuala Lumpur: Dua rakyat Malaysia dikhuatiri hilang dalam ekspedisi mendaki Gunung Damavand yang terletak di Iran.
Kehilangan Syed Ridhuan dan Ramli Abd Majid disedari apabila kedua-duanya tidak pulang ke Camp 3 yang terletak pada ketinggian 4,220 meter
Menurut laporan kenalan rapat mangsa yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp, kedua-dua mangsa tidak sampai lebih enam jam daripada waktu yang ditetapkan iaitu jam 1 pagi waktu tempatan.
"Dua jam kemudian pasukan ekspedisi meminta pertolongan pembantu warga tempatan untuk menubuhkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
"Malah, seorang daripada pasukan ekspedisi turut mencari sehingga ketinggian 5,100 meter tetapi tidak menjumpai ahli ekspedisi yang hilang," katanya.
Sementara itu, rakan kepada Syed Ridhuan iaitu Resul Sapar berkata, jirannya itu pergi memulakan ekspedisi pada 17 November lalu dan berangkat ke Iran pada jam 7 malam.
"Saya baru sahaja menerima maklumat mengenai kehilangan jiran saya itu. Saya terkejut dan berharap semua berdoa keselamatan kedua-dua mereka yang hilang serta urusan SAR akan dipermudahkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kuala Lumpur: Dua rakyat Malaysia dikhuatiri hilang dalam ekspedisi mendaki Gunung Damavand yang terletak di Iran.



