Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ajal ditikam bapa

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Perselisihan faham menjadi punca seorang pemuda berusia 23 tahun ditikam hingga mati oleh bapanya berusia 54 tahun di Taman Ehsan Jaya, Desa Cemerlang, Seri Alam, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian pada 7 malam itu berlaku di bahagian ruang tamu kediaman berkenaan.

Katanya, mangsa ditikam dengan pisau di dada kiri, manakala bapanya cedera dengan dua tikaman di dada kiri dan satu di perut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat, manakala bapanya stabil," katanya.

Jokhiri berkata, anggota polis terpaksa mengambil masa sejam untuk berunding dan memujuk bapa mangsa sebelum menahannya.

"Selepas kejadian, bapa mangsa masih memegang pisau di sisi anaknya yang terbaring kaku," katanya.

Katanya, berikutan itu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Image: 