SEHINGGA tengah hari ini
19 November
12.35 tgh - Baju kuning di Masjid Negara diminta bersedia untuk ke Masjid
Jamek mengikut arah Jalan Pudu sebelum berarak ke Dataran
Merdeka.
12.23 tgh - Tinjauan mendapati hampir keseluruhan operasi perniagaan di
sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dekat Sogo ditutup.
Bagaimanapun, keadaan terkawal.
12.20 tgh - Kumpulan baju kuning mengambil keputusan untuk tidak
merempuh halangan polis dan akan duduk di Jalan Travers
12.19 tgh - Ambiga dan Adam Adli meminta kebenaran daripada polis untuk
bergerak di hadapan Balai Polis Travers
12.15 tgh - Baju kuning belum dapat arahan untuk bergerak ke Dataran
Merdeka dan kumpul di hadapan Masjid Negara.
12.10 tgh - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tiba di Jalan Tun Perak dan
mengarahkan semua peserta baju kuning bergerak ke Jalan TAR
12.05 tgh - Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah cuba berunding
dengan pegawai polis untuk meneruskan perarakan ke Dataran
Merdeka
12.02 tgh - Masjid Jamek ramai baju kuning, Jalan Tunku Abdul
Rahman dan Jalan Raja Laut (kuning). Baju merah di Sogo
11.52 pagi - Kumpulan baju kuning dari LRT Bangsar tiba di Masjid Negara
11.50 pagi - Pasukan FRU membut sekatan di Jalan Travers bagi elak baju
kuning melalui laluan berkenaan
11.45 pagi - Baju Merah menuju ke Padang Merbok
11.40 pagi - Suasana tegang antara polis dan kumpulan baju kuning
berikutan kenderaan mereka tidak dibenarkan bergerak di
Bangsar
11.39 pagi - Penganjur Bersih 5.0 membuat pengumuman semua baju kuning
berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
11.30 pagi - Aktivis Hishamuddin Rais ditahan di LRT Bangsar
11.25 pagi - Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah
Osman menjadi tumpuan ketika memberi ucapan di Jalan Tunku
Abdul Rahman
11.21 pagi - Polis beri arahan kepada kenderaan baju kuning berhenti
bergerak di Bangsar
11.18 pagi - Kumpulan baju kuning mula bergerak dari LRT Bangsar
11.05 pagi - Baju Kuning berkumpul di Dataran Maybank Jalan Tun
Perak
11.04 pagi - Baju Merah ditahan polis selepas disyaki memukul Baju Kuning
peserta mungkin di Padang Merbok
10.50 pagi - Baju Merah mula membanjiri sekitar Jalan Putra di ibu negara.
- Peserta Baju Kuning yang berkumpul di Jalan Pudu mula
bergerak ke Dataran Merdeka
- Polis memberi amaran keselamatan kepada Pengurus Program
Bersih 5, Ivy Josiah
10.40 pagi - Kenderaan Pasukan Simpanan Pesekutuan (FRU) diletakkan di
Masjid Jamek.
10.34 pagi - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh,
sahkan 14 individu ditahan kerana Perhimpunan Bersih 5.0
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk disiasat mengikut
Seksyen 147/411 Kanun Keseksaan
10.30 pagi - Baju Kuning diminta duduk berikutan keadaan sesak di Masjid
Jamek
- Kelihatan EXCO Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu
Haniffah dan aktivis Rafi Awang Kechik. Hadir tanda protes
terhadap Baju Kuning
- Aktivis Hishamuddin Rais ditahan di LRT Bangsar kira-kira jam
10. 30 pagi
10.27 pagi - Lim Kit Siang berucap di LRT Bangsar
10.25 pagi - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud memberi
ucapan di Jalan Tunku Abdul Rahman
10.20 pagi - Presiden DAP, Lim Kit Siang tiba di LRT Bangsar
10.05 pagi - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan turut kelihatan di LRT Bangsar
10.02 pagi - Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berucap di
Stesen LRT Bangsar
9.50 pagi - Adam adli pula berucap di LRT Bangsar
9.48 pagi - Presiden AMANAH, Mohammad Sabu baru tiba di LRT Bangsar
9.45 pagi - Lelaki diserang sawan ketika Baju Kuning berarak di Brickfields
menuju ke LRT Bangsar
9.33 pagi - Orang ramai mula duduk di depan LRT Bangsar sementara tunggu
lebih ramai sampai
9.26 pagi - Baju Merah masuk kawasan berkumpul ahli Baju Kuning di
hadapan Dataran Merdeka. Baju Merah kemudian membuat
pusingan U melalui lorong kecil bangunan. Tiada sebarang
pergaduhan.
9.25 pagi - Datuk S Ambiga tiba di LRT Bangsar
9.13 pagi - Difahamkan, polis masih memburu beberapa watak utama
Merah dan Kuning. Media masih menunggu kenyataan rasmi
8.55 pagi - Penyokong Bersih dilihat mula berkumpul di kawasan Dataran
Maybank dan LRT Bangsar
8.35 pagi - Difahamkan, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan dua lagi individu
Baju Merah akan dibawa ke Mahkamah Majistret/Sesyen
Ampang pada 2 petang
2.30 pagi - Difahamkan, sekurang-kurangnya 14 individu sudah ditahan
1.30 pagi - Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan
18 November
11 malam - Sekurang-kurangnya 11 individu sudah ditahan
10.35 malam - Anggota DBKL dilihat menutup laluan masuk di sekitar
Dataran Merdeka menjelang Perhimpunan Bersih 5.0
10.22 malam - Penjual baju-t kuning dan penyokong mula dilihat berada di
kawasan sekitar Dataran Merdeka
3.50 petang - Pengerusi Bersih 2. 0, Maria Chin dan jawatankuasanya,
Mandeep Singh ditahan polis
SEHINGGA tengah hari ini