Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Saksi dengar jeritan [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

[UPDATE lemas di Jertih]

UPDATE 6.21 petang

JASAD Nurul Hasmila Ismail, 16, yang lemas ditemui di Sungai Besut, Kampung Chegar Batang, Hulu Besut ditemui, kira-kira 6 petang ini.

Arwah lemas selepas bot dinaikinya bersama enam ahli keluarga terbalik dalam kejadian pagi ini.

Mayat pelajar Tingkatan Empat SMK Putra ditemui orang awam di dasar sungai pada jarak 50 meter dari lokasi mayat pertama ditemui.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu Penguasa Bomba Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Dengan penemuan mayat kedua itu, operasi mencari dan menyelamat yang bermula jam 10.45 pagi tadi ditamatkan pada kira-kira 6 petang," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Irwan Shah Ismail, 36, ketika dia terdengar jeritan daripada lokasi kejadian dan kemudian memberikan bantuan.

UPDATE 3.54 petang

JASAD Nurul Nadirah Hakman, 9, ditemui pasukan mencari kira-kira 10 meter dari bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Besut.

Jasad ditemui 1.45 petang tadi. Anggota Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung masih berusaha mencari Nurul Hasmila Ismail, 16.

Pagi, 12 November

Jertih: Dua hilang dan dikhuatiri lemas manakala lima lagi selamat selepas bot dinaiki mereka terbalik di Sungai Besut di Kampung Cegar Batang, Besut, pada 9.30 pagi ini.

Mangsa yang hilang itu dikenal pasti sebagai Nur Nadirah Hakman, 9, dan Nurul Hasmila Ismail, 16.

Antara lima yang selamat pula dipercayai bapa saudara kepada kedua-duanya, Salahuddin Abd Rahman, 50.

Empat lagi adalah Hasnah Mat Zin, 57, iaitu isteri Salahuddin dan dua anak mereka, Zarina, 40, dan Norashikin, 30, serta seorang lagi anak saudaranya, Aina Nasrah, 12.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Pegawai Bomba Kanan II Syaiful Ali berkata, lima mangsa diselamatkan penduduk kampung.

Menurutnya, pihaknya yang menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira 10 pagi.

Beliau menjelaskan, Bomba dan Penyelamat difahamkan, mereka yang terdiri daripada satu keluarga itu dikatakan hendak mencari etak.

“Bot mereka dikatakan tiba-tiba terbalik ketika mereka sedang mencari etak,” katanya.

Image: 

[UPDATE lemas di Jertih]

Saksi dengar jeritan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853