Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Kena tetak tengah lepak

$
0
0
Utama

Mohd.rizal@hmetro.com.my

Lawas: Lelaki kritikal manakala dua lagi cedera apabila ditetak saudara mereka dengan parang dalam kejadian di Kampung Belangsat, pada 12.40 tengah ini.

Lelaki lingkungan 40-an dilaporkan kritikal manakala dua lagi lelaki lingkungan 20-an, hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad, berkata suspek berusia 22 tahun itu adalah anak saudara kepada mangsa yang kritikal.

Katanya, dua lagi mangsa adalah sepupu suspek.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang berehat di rumah mereka sebelum suspek tiba-tiga mengamuk, menetak mangsa dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

"Namun, suspek pulang semula ke rumah mengakibatkannya dia ditahan anggota polis yang sudah berada di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut324 Kanun Keseksaan.

Image: 

Lawas: Lelaki kritikal manakala dua lagi cedera apabila ditetak saudara mereka dengan parang dalam kejadian di Kampung Belangsat, pada 12.40 tengah ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853