Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Al-Quran dibakar kerana rosak: Polis

$
0
0
Utama

norizuan@hmetro.com.my

Subang Jaya: Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi negatif berhubung insiden pembakaran al-Quran secara terbuka di Jalan Kompleks Hijau, Puchong Perdana di sini, hari ini, kerana ia bukan bertujuan menghina agama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, siasatan mendapati pembakaran al-Quran itu dilakukan pemilik kedai menjual kitab agama dan pakaian berunsurkan Islam di kompleks berkenaan kerana kitab terbabit sudah rosak.

"Siasatan mendapati tujuan pembakaran kira-kira 20 naskhah al-Quran yang dimakan anai-anai itu dilakukan pemilik kedai bertujuan pelupusan dan tidak berniat menghina agama, khususnya Islam.

"Bagaimanapun, seorang ahli kariah masjid As-Salam Puchong Perdana di sini, bertindak mengambil semua sisa naskhah al-Quran terbabit bagi tujuan pelupusan dengan cara yang lebih sempurna.

"Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi buruk terhadap insiden ini kerana ia bukan cubaan sesiapa mempersendakan agama," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pembakaran Al-quran secara terbuka itu menjadi viral apabila individu yang mengambil gambar kejadian itu, memuat naik di media sosial.

Image: 

Subang Jaya: Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi negatif berhubung insiden pembakaran al-Quran secara terbuka di Jalan Kompleks Hijau, Puchong Perdana di sini, hari ini, kerana ia bukan bertujuan menghina agama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853