Kota Bharu: Dua lelaki warga Myanmar ditahan reman seminggu bermula hari ini hingga Khamis, susulan kematian empat lelaki warganegara itu yang ditemui dalam semak, Ahad lalu.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Kamal Razim Alias di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Difahamkan kedua-duanya berusia 19 dan 26 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan di sini, malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Ahad lalu, empat lelaki warga Myanmar ditemui mati dalam semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok kira-kira 6.35 petang.
Mayat ditemui orang awam yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Siasatan awal mendapati motif pembunuhan angkara dendam.

Kota Bharu: Dua lelaki warga Myanmar ditahan reman seminggu bermula hari ini hingga Khamis, susulan kematian empat lelaki warganegara itu yang ditemui dalam semak, Ahad lalu.



