Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua suspek sertai Daish ditahan

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek warga Malaysia yang menyertai kumpulan Daish, 30 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kedua-dua suspek berusia 24 dan 29 tahun itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas diusir pihak berkuasa Turki kerana cuba menyusup ke Syria.

Katanya, kedua-dua lelaki ini dipercayai direkrut oleh Muhammad Wanndy Mohamad Jedi yang kini aktif mencari ahli dan merancang untuk membunuh pemimpin negara dan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tangkapan ini dilakukan hasil kerjasama pertukaran maklumat dengan pihak berkuasa Turki yang menahan mereka pada 28 Oktober lalu ,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA iaitu Kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut Prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Image: 

Kuala Lumpur: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek warga Malaysia yang menyertai kumpulan Daish, 30 Oktober lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853