Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua pelajar sekolah pondok terkorban

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Baling: Dua lelaki, termasuk seorang pelajar sekolah pondok maut, manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki kereta mereka bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan sebelum terbakar di Kampung Tas, Jalan BalingParit Panjang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Baling Superintendan Shariffudin Yusuf berkata, dalam kejadian 4.30 petang itu, pelajar sebuah sekolah pondok di Parit Panjang, Muhamad Osman Zainol, 22, dari Kampung Telok Rambong yang memandu Perodua Myvi, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, rakan mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti, dari Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan, meninggal dunia di Hospital Baling (HB).

Katanya, dua lagi yang cedera parah ialah penumpang MyVi, Ahmad Lutfi Kamarludin, 18, dari Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan dan pemandu Proton Waja, Muhammad Almiqdad Abdul Rashid, 25, dari Kampung Charok Bemban, Baling.

"Siasatan awal mendapati Perodua Myvi dipandu Muhamad Osman bersama dua rakannya yang juga adik beradik, dalam perjalanan menuju Parit Panjang.

"Setiba di lokasi kejadian, Proton Waja dipandu Muhammad Almiqdad dari arah Parit Panjang cuba memotong sebuah kenderaan tetapi bertembung dengan Perodua Myvi ," katanya.

Menurutnya, Perodua Myvi terbabit terbabas ke kiri jalan dan terbalik sebelum terbakar.

"Pemandu Perodua Myvi maut di lokasi kejadian manakala yang cedera dihantar ke (HB). Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian," katanya.

Image: 
Image: 

Baling: Dua lelaki, termasuk seorang pelajar sekolah pondok maut, manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki kereta mereka bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan sebelum terbakar di Kampung Tas, Jalan BalingParit Panjang, dekat sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853