Alor Setar: Wanita cedera ditetak bapa mentuanya dengan pisau pemotong daging dalam pertengkaran di rumah di Taman Selayang di sini, malam tadi.
Mangsa, Mak Lain Ping, 42, mengalami kecederaan di tangan kanan dan belakang tengkuk akibat terkena tetakan oleh lelaki berusia 86 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima laporan daripada doktor di pusat perubatan swasta di bandar raya ini memaklumkan menerima pesakit yang mengalami kecederaan akibat ditetak.
Beliau berkata, mangsa dikatakan menetap di rumah itu bersama suspek.
"Berikutan itu, suspek sudah ditahan di rumahnya semalam dan anggota kami turut merampas senjata yang digunakan iaitu sebilah pisau pemotong daging berukuran 27.94 sentimeter (termasuk hulu) untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Rozi berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dan suami tidak pasti punca kejadian itu berlaku malah bapa mentuanya tidak mengalami sebarang masalah mental.

Alor Setar: Wanita cedera ditetak bapa mentuanya dengan pisau pemotong daging dalam pertengkaran di rumah di Taman Selayang di sini, malam tadi.



