Tumpat: Isteri kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang maut ditikam di kawasa letak kereta Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, Ahad lalu melahirkan rasa syukur dan lega terhadap penahanan suspek yang membunuh suaminya itu.
Noriah Lah, 34, berkata, selepas kejadian itu, dia tidak dapat tidur nyenyak ekoran bimbang suspek datang mencarinya.
Katanya, selepas mengetahui suspek ditahan hari ini, dia berasa lega dan berharap lelaki itu menerimpa hukuman setimpal.
"Saya serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan menjatuhkan hukuman kepada lelaki itu.
"Namun, saya reda dengan kejadian itu dan mahu meneruskan kehidupan. Saya mahu memberi tumpuan untuk melahirkan anak sulung yang dijangka bayi lelaki akhir November ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli 2, di sini, hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang anggota JPJ Pengkalan Kubor, Muhamad Shukri Husin, 34, maut selepas ditikam kekasih adik di tempat letak kereta Kompleks Seri Iman pada 11.30 pagi Ahad lalu.
Suspek berusia 29 tahun ditahan di Manir, 12.30 tengah hari tadi.
Berita berkaitan: