Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dapat juga akhirnya....

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Lelaki yang menikam kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan di kawasa parkir Kompleks Seri Iman, di sini pada Ahad ditahan 12.30 tengah hari tadi.

Suspek berusia 29 tahun dari Kampung Baloh, Manir ditahan di kawasan tepi jalan Kampung Petai Bubus, Manir.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu yang melakukan operasi di kawasan berkenaan.

"Kita turut menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

"Kita akan mendapatkan perintah reman daripada mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam sidang media di IPK Terengganu.

Katanya, senjata yang digunakan suspek diserahkan rakan suspek berusia lingkungan 30-an jam 1.40 petang semalam.

Selepas kejadian, suspek dikatakan menyerahkan pisau berkenaan kepada rakannya untuk disimpan selepas memaklumkan dia menikam orang menggunakan pisau berkenaan

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang lelaki mati ditikam teman lelaki adiknya dalam kejadian di kawasan parkir Kompleks Seri Iman, di sini

 

Image: 

Kuala Terengganu: Lelaki yang menikam kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan di kawasa parkir Kompleks Seri Iman, di sini pada Ahad ditahan 12.30 tengah hari tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853