Jempol: Satu pasangan suami isteri terbunuh selepas selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas serta terbalik di Jalan Besar FELDA Palong 4, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 3.55 petang itu, Zahepul Bahari Nasir, 33, seorang anggota tentera dan isterinya, Rusnita Rusli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika pasangan terbabit dalam perjalanan dari Kem Terendak, Melaka, menghala FELDA Palong 7 di sini.
"Siasatan mendapati kereta dipandu Zahepul cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing bukit lalu terbalik. Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan bomba.
"Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia dan mayat mereka dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan esok pagi," katanya ketika dihubungi sini,.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jempol: Satu pasangan suami isteri terbunuh selepas selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas serta terbalik di Jalan Besar FELDA Palong 4, di sini, hari ini.