Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lancar Proton Saga baru [METROTV]

$
0
0
Utama

mrazlan@hmetro.com.my

Shah Alam: Proton Holdings Bhd melancarkan Proton Saga 1.3L generasi ketiga dengan reka bentuk lebih bergaya, praktikal dan moden.

Model terbaru ini dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Setia City Convention Center, Setia Alam, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuad Kenali.

Menurut Ahmad Fuad, pelbagai penambahbaikan peningkatan dilakukan terhadap Saga baru ini sejak model pertama mula diperkenalkan pada 1985.

"Saya yakin Saga baru ini bakal menjadi daya tarikan terutama kepada golongan muda yang mahu membeli kereta pertama atau sebagai kereta kedua.

"Reka bentuk baru ini lebih moden dan kontemporari selain dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terkini serta mampu milik," katanya.

Saga baru dilengkapi enjin VVT ini didatangkan dengan tiga varian automatik CVT dan satu model manual.

Harga yang ditawarkan bermula RM36,800 bagi versi manual standard, RM39,800 (CVT Standard), RM42,800 (CVT Excecutive) dan RM45,800 untuk CVT Premium.

Image: 

Shah Alam: Proton Holdings Bhd melancarkan Proton Saga 1.3L generasi ketiga dengan reka bentuk lebih bergaya, praktikal dan moden.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853