Melaka: Peniaga maut apabila kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di Jalan Seri Bendahara, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 2.30 pagi itu, difahamkan mangsa, Mohd Sulaiman Zolkafli, 39, memandu sendirian datang dari arah lampu isyarat Semabok ke Stadium Tun Fatimah.
Menurut sumber, sejurus sampai di lokasi kejadian, Perodua Alza dipandu terbabas melanggar tembok bahu jalan sebelum masuk ke dalam longkang arah bertentangan.
Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat hentakan kuat pada kepala selain kecederaan dalaman.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Melaka: Peniaga maut apabila kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di Jalan Seri Bendahara, di sini, awal pagi tadi.