Bachok: Remaja berusia 16 tahun yang lemas ketika mandi di Pantai Irama petang semalam ditemui pada 5.38 pagi tadi.
Ketua Operasi Ketua Operasi Abdul Razak Abdul Rahman dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok berkata, mayat Nik Muhammad Syahriezman Nik Shaharman, 16, ditemui terdampar di pantai kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan hilang.
Katanya, mayat ditemui oleh anggota bomba dan orang ramai yang menjalankan operasi mencari sejak petang semalam.
"Mayat diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk tindakan lanjut.
" Susulan penemuan mayat itu, operasi ditutup jam 6.40 pagi tadi," katanya ketika dihubungi.
Harian Metro semalam melaporkan remaja lelaki dikhuatiri lemas manakala seorang lelaki berjaya diselamatkan ketika sedang mandi di Pantai Irama, jam 6.50 petang semalam.
Nik Muhammad Syahriezman dikatakan sedang mandi bersama ahli keluarganya sebelum hilang dibawa arus.
Seorang saudaranya Mohd Paizal Mohd Noor, 38, yang cuba menyelamatkan mangsa bagaimanapun turut lemas namun sempat diselamatkan.
Bachok: Remaja berusia 16 tahun yang lemas ketika mandi di Pantai Irama petang semalam ditemui pada 5.38 pagi tadi.