Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Anda luar biasa! Anda hebat!

$
0
0
Utama

Kuala Lumpur: Malaysia belum pernah memenangi pingat emas dalam temasya sukan Sukan Paralimpik dengan pencapaian terbaik adalah satu perak dan dua gangsa pada 1992 namun kini, tiga anak muda serba kekurangan meletakkan nama Malaysia dalam senarai pungutan dengan tiga emas.

Sesungguhnya taraf sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) bukan ukuran kepada Abdul Latif, Mohamad Ridzuan dan Muhammad Ziyad untuk membuktikan kekurangan diri bukan penghalang mencapai kejayaan peringkat dunia.

Abdul Latif Romly, 19, (Lompat jauh T20 - masalah pembelajaran)

Penyumbang pingat emas ketiga negara Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Abdul Latif Romly, 19, mahu menggunakan wang ganjaran RM1 juta untuk membina rumah dan menghantar ibu bapanya menunaikan umrah.

"RM1 juta itu saya nak simpan, bina rumah di kampung (Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Arau) dan hantar emak ayah pergi umrah," katanya dalam video temu bual oleh Majlis Sukan Negara (MSN) yang dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Anak jati Perlis itu saja meraih emas malah memecah rekod dunia tiga kali bagi acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran). Dia mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima, sekali gus mencipta rekod baharu dunia di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro, malam tadi.

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah miliknya sendiri yang dicatat di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar, tahun lalu, manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada 2012 di London.

“Saya sangat berpuas hati kerana dapat pecahkan rekod dunia, saya memang pernah sasarkan catatan itu. Saya ingin hadiahkan emas ini kepada keluarga, jurulatih dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan ini," tambahnya.

Mengikut Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang diperkenalkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada 2013, atlet Paralimpik akan menerima insentif sama seperti atlet normal Olimpik, iaitu RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000 bagi pingat emas, perak (RM300,000) dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, 29, (Olahraga 100m T36 - celebral palsy)

Syukur, sebak dan terharu, seorang bapa dengan kejayaan anaknya, Mohamad Ridzuan, yang kekurangan namun mampu membanggakan negara di mata dunia.

Mohd Puzi Mat Isa, 59, mengucapkan rasa syukur sebaik menerima perkhabaran anaknya meraih emas dalam acara olahraga 100m T36 lelaki.

"Saya lega mengenangkan dia (Ridzuan) kini mampu berdikari. Sebelum ini saya sentiasa sayu mengenangkan bagaimana nasibnya jika saya dan isteri sudah tiada

nanti.

"Namun rezeki dan ketentuan Allah berikan yang terbaik kepadanya, saya akan terus sokong serta berdoa untuk kejayaan dirinya," katanya di Kangar.

Katanya, seluruh keluarga berbangga dan bersyukur dengan pencapaian Ridzuan berkat semangatnya yang tidak jemu berlatih walaupun menghidap masalah fungsi saraf 'celebral palsy' sejak kecil.

Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat untuk pingat emas pertama Malaysia mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah Brazil (12.54s).

Muhammad Ziyad Zolkefli, 26, (Lontar peluru F20 - masalah pembelajaran)

Cita-cita Muhammad Ziyad Zolkefli mahu menjadi atlet nombor satu dunia akhirnya tercapai biarpun terpaksa melupakan pengajian di kolej.

Atlet paralimpik negara itu nekad berhenti belajar di sebuah kolej swasta selepas menerima tawaran Majlis Sukan Negara sebagai atlet sepenuh masa.

Muhammad Ziyad menyumbang emas kedua negara di Sukan Paralimpik dengan rekod baharu dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan jarak 16.84 meter pada Sabtu, selepas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih pingat emas pertama negara dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy).

Ibunya, Siti Arfah Abdul Rashid berkata anak sulungnya itu meminati sukan olahraga sejak sekolah rendah dan sering meraih keputusan cemerlang dalam kejohanan peringkat sekolah mahupun daerah.

Walaupun Siti Arfah pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan Muhammad Ziyad menjadi atlet sepenuh masa, beliau tetap sentiasa mendoakan kejayaan dan menyokong setiap keputusan anaknya yang kini berusia 26 tahun.

"Saya kata sukan ini susah untuk masa depan, Ziyad perlu ada sijil untuk mendapatkan kerja tetap, tetapi anak saya berdegil dan mahu menjadi atlet,” katanya di kediaman mereka di Gombak.

Image: 
Image: 
Image: 
Image: 

Kuala Lumpur: Malaysia belum pernah memenangi pingat emas dalam temasya sukan Sukan Paralimpik dengan pencapaian terbaik adalah satu perak dan dua gangsa pada 1992 namun kini, tiga anak muda serba kekurangan meletakkan nama Malaysia dalam senarai pungutan dengan tiga emas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853