Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ucap syahadah depan anak [METROTV]

$
0
0
Utama

garret@hmetro.com.my

Cheras: Wanita warga emas diislamkan oleh anak lelakinya dalam Majlis Qurban Perdana Bersama Mualaf di Padang Bola Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.

Muhammad Johan Haiqal Abdullah, 37, berkata, ibunya, Wong Lan Eng yang berusia 70-an mengucapkan dua kalimah syahadah di depannya dan kakaknya, Nabila Shila Lama Abdullah, 49, serta kira-kira 3,000 mualaf yang hadir.

Muhammad Johan yang juga Pengerusi Pembangunan Belia dan Masyarakat berkata, ibunya sudah lama menyatakan hasrat untuk memeluk Islam tetapi belum bersedia.

"Hari ini ibu mengucapkan dua kalimah syahadah di depan saya dan kakak.

"Buat masa ini ibu belum mempunyai nama Islam dan pernah beritahu mahu memilih nama Fatimah," katanya ketika ditemui selepas proses pengislaman itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, dia gembira dan bangga kerana ibunya sangat tenang ketika diislamkan.

"Mukanya sangat tenang dan tidak mempunyai masalah ketika mengucapkan dua kalimah syahadah.

"Saya harap ibu akan mengamalkan agama barunya dengan baik," katanya.

Image: 

Cheras: Wanita warga emas diislamkan oleh anak lelakinya dalam Majlis Qurban Perdana Bersama Mualaf di Padang Bola Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.

Ucap syahadah depan anak

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853