Kuala Lumpur: Lebih empat ratus PATI ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam operasi dijalankan PDRM di sekitar ibu kota, malam tadi.
Operasi di empat belas lokasi itu bermula pada kira-kira 11 malam dan berakhir pada sekitar 9 pagi, hari ini.
Operasi diketuai pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama beberapa agensi penguat kuasa lain.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata daripada 434 yang ditahan 389 adalah lelaki manakala 45 wanita.
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah selain dokumen yang sudah tamat tempoh.
"Daripada jumlah itu, 133 daripadanya adalah warga Bangladesh, Myanmar (130), Indonesia (68), Nepal (41), Vietnam (18), Filipina (17), lapan warga Pakistan (8) dan lain-lain negara (9).
"Semua yang ditahan kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Jinjang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan lokap IPD Putrajaya,"katanya selepas tamat operasi berkenaan.
Kuala Lumpur: Lebih empat ratus PATI ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam operasi dijalankan PDRM di sekitar ibu kota, malam tadi.