Utama
Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final selepas menyingkirkan Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 pada pertarungan separuh akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio 2016, hari ini.
Kemenangan itu menebus kehampaannya tewas pada dua edisi Sukan Olimpik sebelum ini kepada musuh ketat dari China itu.
Lawan final Chong Wei pemenang satu lagi separuh akhir antara Chen Long dari China selaku ranking kedua dunia dan pemain Denmark, Viktor Axelsen (ranking keempat dunia).
Image:
Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final selepas menyingkirkan Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 pada pertarungan separuh akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio 2016, hari ini.