Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Rp2 juta harga tiket ke syurga

$
0
0
Utama

Jakarta: Seorang lelaki yang pernah ditangkap kerana mengaku dirinya sebagai 'nabi' di Jawa Barat tahun lalu, kini mengulangi kegiatan ajaran sesat dengan ajaran terbaru iaitu pengikut hanya perlu membayar Rp2 juta (kira-kira RM600) jika mahu masuk syurga.

Lelaki dikenali sebagai Abdul Muhjib itu menjalankan kegiatan dakwahnya di sebuah pondok yang didirikan bersama lima rakan di Kampung Medal Sari di daerah Tegal Waru di Kerawang, Jawa Barat.

Kegiatannya terbongkar apabila penduduk yang tidak berpuas hati dengan ajarannya, membuat laporan polis.

Polis Kerawang semalam, menahan Abdul Muhjib kerana memperdayakan masyarakat kampung.

Media dalam talian memetik Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pangkalan, Kerawang di Jawa Barat, Rahmat Ginanjar berkata, Abdul Muhjib sebelum ini pernah ditahan tetapi dibebaskan kerana berjanji tidak akan meneruskan ajarannya serta bertaubat di depan pegawai agama Majlis Ulama Indonesia.

Bagaimanapun dia didapati tidak serik untuk menipu dan menggiatkan semula ajaran sesatnya awal Ogos lalu.

Katanya, Abdul Muhjib akan didakwa mengikut Pasal Penistaan Agama yang membawa hukuman penjara dan polis juga masih menyiasat serta mengumpulkan bukti mengenai penipuan dilakukannya.

Image: 