Machang: Jenazah tiga bersaudara yang lemas ketika mandi di Hutan Lipur Lata Changkah, Setiu, Terengganu, semalam, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 10.40 pagi, hari ini.
Mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pulai Chondong yang dihadiri lebih 500 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung.
Terdahulu jenazah Asma Shaari, 21, dan Fatin Athirah Ahmad Sabri, 20, disembahyangkan di masjid Kampung Surau dan Asiah Zakirah Abdul Rahman, 23, disembahyang di rumahnya di Kampung Tok Bok.
Suasana sedih menyelubungi ahli keluarga memandangkan kejadian itu mengejut.
Harian Metro melaporkan tiga daripada empat bersaudara meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di Hutan Lipur Lata Changkah, Setiu kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Asiah Zakirah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua sepupunya Asma dan Fatin Athirah Ahmad disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.
Machang: Jenazah tiga bersaudara yang lemas ketika mandi di Hutan Lipur Lata Changkah, Setiu, Terengganu, semalam, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 10.40 pagi, hari ini.