Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jangan cuba-cuba

$
0
0
Mutakhir

mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras jangan cuba ambil kesempatan menghasut rakyat agar berkaitan isu 1MDB di Amerika Syarikat (AS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata peringatan itu dilakukan susulan ada cubaan pihak tertentu membawa orang ramai ke jalan raya.

"Jangan menangguk di air yang keruh. Ada pihak cuba menghasut orang ramai dan saya beri peringatan jika mereka cuba menggugat ketenteraman awam dan menggugat demokrasi berpalimen kita, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan," katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Di Bukit Beruang, di sini, tengah malam tadi.

Khalid berkata, terdapat beberapa cubaan dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik negara ini mula menghasut orang awam supaya turun ke jalan raya, menentang kerajaan.

"PDRM masih menyiasat 1MDB jadi jangan kaitkan apa juga tindakan di luar negara dengan dalam negara.

"Apa yang berlaku di AS cuma tindakan sivil dan kita tidak akan campur tangan dalam tindakan sivil ini kerana sesiapa juga boleh mengambil tindakan sivil," katanya.

Image: 

Melaka: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras jangan cuba ambil kesempatan menghasut rakyat agar berkaitan isu 1MDB di Amerika Syarikat (AS).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853