Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tembak budak tengah makan [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Munich (Jerman): Polis Jerman memberitahu penembak yang melepaskan tembakan di pasar raya bertindak sendirian.

Dia kemudiannya membunuh biri selepas menambak mati sembilan orang awam.

Tragedi berdarah ketiga di Eropah dalam seminggu itu menyaksikan orang awam cemas meninggalkan pasar raya Olympia (OEZ) apabila polis elit melancarkan pemburuan.

“Kami jumpa lelaki yang membunuh diri. Kami andaikan dia adalah penembak itu,” kata polis di Twitter.

Serangan itu turut mencederakan 21 orang awam.

“Kami mengesyaki dia adalah pengganas,” kata jurucakap polis. Bagaimanapun, belum ada pertubuhan yang mengaku.

Video awam yang viral di media sosial memaparkan lelaki mamakai baju gelap berdiri di luar restoran McDonald’s ketika melepaskan tembakan sambil menjerit.

Laman web Mirror.co.uk dipetik menyebut seorang saksi wanita memberitahu lelaki berkenaan dilihat keluar daripada tandas restoran makanan segera itu.

Dia yang ketika itu beratur untuk membeli makanan mendakwa lelaki itu melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak yang sedang makan.

Lelaki itu kemudian dikatakan keluar dari restoran berkenaan dan melepaskan tembakan ke arah pejalan sebelum ke jalan dan pasar raya OEZ.

Image: 

Munich (Jerman): Polis Jerman memberitahu penembak yang melepaskan tembakan di pasar raya bertindak sendirian.

Sembilan terbunuh ditembak di Munich

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853