Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga didakwa culik budak

$
0
0
Utama

hadzlihady@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana dituduh menculik budak lelaki dan meminta tebusan sebanyak RM1.75 juta, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Heng Tian Chuan, 33, Goh Jit Ee, 36, dan Quaik Yong Lai, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abdul Manap.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan mencapai niat bagi maksud mendapatkan wang tebusan RM1.75 juta dengan melarikan dan mengurung secara salah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pusat tuisyen muzik di Taman Jernih, Bukit Mertajam, di sini, 3.50 petang 29 Jun 2016 lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md. Zain, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Chiang Kian Hong dan Tan Guat Cheng.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan tertuduh turut tidak dibenarkan ikat jamin.

Image: 

Bukit Mertajam: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana dituduh menculik budak lelaki dan meminta tebusan sebanyak RM1.75 juta, bulan lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853