Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Muhammad Eiffat dikhuatiri lemas

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki enam tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Pulau Pisang, Jalan Kuala Besar, di sini.

Muhammad Eiffat Amsyar Mat Jusoh dikatakan bermain di tebing sungai sebelum tergelincir ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus, pada 3.45 petang.

Sehingga 9 malam ini, mangsa masih belum ditemui.

Ibu mangsa, Zuraini Yusoff, 42, berkata ketika kejadian, dia sedang bekerja sebelum dimaklumkan anaknya terjatuh ke dalam sungai oleh anak saudaranya.

"Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian, saya terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Saya difahamkan anak terjatuh ke dalam sungai itu ketika bermain bersama tiga sepupunya di tebing sungai berkenaan.

"Sehingga kini anak masih ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 4.21 petang.

Katanya, 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Selepas hampir dua jam mencari, mangsa masih belum ditemui. Kita hentikan operasi di dalam sungai pada 6.30 petang. Disambung esok pagi sehingga mangsa ditemui," katanya.

Image: 

Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki enam tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Pulau Pisang, Jalan Kuala Besar, di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853