Kuala Lumpur: Bakal haji dinasihatkan membuat persiapan merangkumi mental dan fizikal.
Ini berikutan ibadah berkenaan dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca panas iaitu kira-kira 50 darjah celcius.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji(TH) Datuk Johan Abdullah, berkata bakal haji juga perlu mematuhi garis panduan pihaknya selain banyak minum air.
Beliau berkata, menerusi kursus perdana yang dilaksanakan TH, bakal haji akan diberikan pendedahan berkaitan situasi semasa di tanah suci supaya mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kursus yang dilaksanakan TH membabitkan latihan simulasi merangkumi bertawaf, saie, melontar jamrah serta amalan beribadah secara berkumpulan.
"Kami juga akan memberikan penerangan berkaitan keadaan di tanah suci yang dijangka agak panas nanti sekali gus memastikan setiap jemaah berada dalam keadaan bersiap sedia," katanya, pada Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1437H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Kuala Lumpur: Bakal haji dinasihatkan membuat persiapan merangkumi mental dan fizikal.