Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Semoga ikatan ini berkekalan

$
0
0
Mutakhir

opie@hmetro.com.my

Alor Setar: ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob, 47, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Zulkifli Ishak, 50, hari ini.

Majlis akad nikah pasangan terbabit disempurnakan Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil di kediaman beliau, pada 9.45 pagi ini.

Suraya yang juga ibu kepada dua anak lelaki kematian suami Syed Al-Fandi Syed Mansor Barakbah akibat jangkitan dalam kepala, 18 Februari lalu.

Pada majlis berkenaan, Suraya menerima mas kahwin RM10,000, sebentuk cincin dan seutas gelang emas.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminahturut mencemar duli menghadiri majlis resepsi di Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Halim (KSAH), di sini, pada 12.30 tengah hari.

Turut hadir, Ahli Pemangku Jemaah Sultan Kedah.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad bersama Exco kerajaan negeri.

Image: 

Alor Setar: ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob, 47, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Zulkifli Ishak, 50, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853