Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Iklan air Kangen mengelirukan

$
0
0
Mutakhir

mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Kementerian Kesihatan mengesahkan aspek penjualan dan pengiklanan air Kangen (air alkali) tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen.

Beliau berkata, pihaknya sudah maklum berita penjualan air Kangen yang menjadi perbincangan hangat netizen selain 'viral' di media sosial.

"Kementerian memandang serius pengiklanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.

"Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kegagalan mematuhi peraturan adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas.

Image: 

Putrajaya: Kementerian Kesihatan mengesahkan aspek penjualan dan pengiklanan air Kangen (air alkali) tidak mematuhi peruntukan undang-undang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853