Hutan Melintang: Jeritan meminta tolong masih terngiang-ngiang di ingatan Elriyanto Alisman, 42, dari Padang, Sumatera Barat, yang terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Selangor, pagi tadi.
Menurutnya, dia ternyata sukar melupakan suasana pilu selepas bot dinaiki terbalik apabila ramai yang menjerit meminta tolong.
“Selepas bot terbalik, saya sempat berpaut pada sekeping papan daripada bot yang pecah. Saya lihat ramai yang terkapai-kapai dan mendengar jeritan meminta tolong.
“Bagaimanapun, saya tidak berdaya membantu,” katanya ketika ditemui dalam bas bersama 17 lagi mangsa bot karam yang selamat sebelum dibawa ke Depoh Maritim Pelabuhan Klang dari Balai Polis Hutan Melintang, malam tadi.
Elriyanto berkata, bot dinaiki terbalik selepas dipukul ombak besar.
Katanya, dia menyesal kerana balik ke kampung halaman secara haram dengan menaiki bot dalam keadaan berhimpit-himpit.
“Ini kali pertama saya pulang ke Indonesia secara haram. Saya menyesal,” katanya yang bekerja sebagai buruh dengan gaji RM1,500 sebulan.
sumtera.png
Hutan Melintang: Jeritan meminta tolong masih terngiang-ngiang di ingatan Elriyanto Alisman, 42, dari Padang, Sumatera Barat, yang terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Selangor, pagi tadi.