Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua kanak-kanak antara mangsa bot karam

$
0
0
Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Hutan Melintang: Dua kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun dipercayai antara 70 penumpang bot karam kira-kira 9 batu nautika dari Tanjung Sauh, di perairan Selangor, pagi tadi.

Pengarah Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, dua kanak-kanak itu dan 68 lagi penumpang bot dipercayai warga Indonesia dari Hutan Melintang dan Teluk Intan yang dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia.

"Sehingga kini 14 yang ditemui lemas membabitkan seorang lelaki dan 13 wanita manakala 19 mangsa yang selamat terdiri daripada seorang wanita dan 18 lelaki ditemui kira-kira 2.30 petang tadi.

"Hasil siasatan, dua kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun yang jantinanya belum dikenal pasti turut berada dalam bot berkenaan berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian. Sehingga kini mereka masih belum ditemui," katanya ketika ditemui di Jeti Hutan Melintang, di sini, petang tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati punca kejadian mungkin disebabkan lebih muatan kerana bot pom-pom dinaiki kecil, iaitu 12 meter, tetapi membawa sehingga 70 penumpang selain faktor cuaca buruk dengan ombak setinggi dua meter menyebabkan bot berkenaan terbalik dan karam.

"Bot itu karam kira-kira 9 batu nautika dari Tanjung Sauh, di perairan Selangor sebelum disedari nelayan kira-kira 3 pagi tadi," katanya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga pihaknya mengesahkan tiada lagi mangsa ditemui.

"Operasi akan diteruskan maksimum dalam tempoh tujuh hari," katanya.

Images: 

angkutan.png

Image: 
GN4id: 
10165532
Lead: 

Hutan Melintang: Dua kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun dipercayai antara 70 penumpang bot karam kira-kira 9 batu nautika dari Tanjung Sauh, di perairan Selangor, pagi tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853