Subang Jaya: Seorang Lelaki dipercayai dalang utama kes tembak dua lelaki di Batu Caves, pada 21 Jun lalu, maut selepas ditembak polis di dalam kenderaannya, dalam kejadian di USJ 11/1D, Subang Jaya, di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis menerima panggilan awal yang memaklumkan lelaki berkenaan dikesan berada dalam sebuah kereta di hadapan sebuah rumah penduduk di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, susulan aduan polis mengarahkan anggota untuk menyiasat lelaki berkenaan.
"Apabila tiba dilokasi suspek di dapati berada di tempat duduk pemandu kereta model Proton Wira. Apabila anggota mengetuk cermin dan memperkenalkan diri sebagai polis, suspek cuba mengeluarkan pistol yang berada di pinggangnya.
"Susulan itu, anggota melepaskan tiga das tembakan bagi menyelamatkan diri dan mengenai anggota badan suspek," katanya ketika ditemui, hari ini.
Menurut Abdul Rahim, pemeriksaan di dalam kenderaan suspek turut menemui sepucuk pistol model Glock bersama tiga peluru.
Katanya, pemeriksaan terhadap kereta dinaiki suspek turut didapati kenderaan curi bersabit laporan hilang pada 12 Jun lalu.
"Siasatan dilakukan terhadap suspek berusia 36 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah samun bersenjata dan peras uugut.
"Malah, suspek turut dikehendaki berhubung kes tembak dua lelaki di Batu Caves dan dipercayai terbabit dalam 12 kes samun di sekitar Selangor dan Kuala lumpur.
"Mayatnya akan di bawa ke Hospital Serdang, untuk dibedah siasat," katanya
Sebelum itu, suspek dipercayai dalang utama kes tembak yang memandu dalam kereta berasingan,
Mangsa, masing-masing berusia 30 dan 34 tahun cedera di bahagian pipi dan kepala.
Subang Jaya: Seorang Lelaki dipercayai dalang utama kes tembak dua lelaki di Batu Caves, pada 21 Jun lalu, maut selepas ditembak polis di dalam kenderaannya, dalam kejadian di USJ 11/1D, Subang Jaya, di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.