Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

24 hanyut bot bocor

$
0
0
Utama

djuns@hmetro.com.my

Kota Belud: Seramai 24 individu termasuk 12 pelancong China dilaporkan hanyut di perairan berhampiran Pulau Mantanani, dekat sini selepas bot dinaiki mereka bocor, petang semalam.

Dalam kejadian 4.10 petang itu, bot membawa pelancong berkenaan dalam perjalanan pulang dari Pulau Mantanani ke Jeti Kuala Abai.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan itu, bot dinaiki mereka mengalami kebocoran dan kejadian itu dilaporkan kepada pasukan penyelamat.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan LabuanLaksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya berjaya menghubungi pemandu bot tetapi terputus hubungan pada 11 malam tadi.

"Semua penumpang masih bersama dan berada dalam keadaan selamat.

"Bagaimanapun, selepas terputus hubungan, kita tidak mengetahui keadaan mereka dan operasi SAR sudah digerakkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Image: 

Kota Belud: Seramai 24 individu termasuk 12 pelancong China dilaporkan hanyut di perairan berhampiran Pulau Mantanani, dekat sini selepas bot dinaiki mereka bocor, petang semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853