Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua maut, lapan cedera

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Dua wanita maut manakala lapan individu dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan Tai Hong, Jalan Kota Tinggi dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, dua wanita dalam sebuah Perodua Kancil meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van, Proton Waja dan Perodua Viva.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti dan dalam siasatan polis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.01 pagi dan 10 anggota Balai Bomba Kota Tinggi diketuai komander operasi, Jaafar Mahmod bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kira-kira lapan minit kemudian, kita mendapati kemalangan berlaku membabitkan empat kenderaan dan sepuluh individu.

"Dua wanita maut, seorang lelaki dan seorang wanita dalam van cedera, manakala enam lain yang cedera masing-masing seorang daripada Proton Waja dan lima daripada Perodua Viva," katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat ditamatkan jam 2.30 pagi tadi.

Image: 

Johor Bahru: Dua wanita maut manakala lapan individu dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan Tai Hong, Jalan Kota Tinggi dekat sini, awal pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853