Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

MPB rai golongan kurang mampu

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kota Belud: dua ratus individu terdiri anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin diraikan sempena Majlis Berbuka Puasa Media Prima Berhad (MPB) di Surau Kampung Kupang, Kulambai, hari ini.

Program turut diserikan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Program itu adalah sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) MPB membantu golongan kurang berkemampuan.

MPD turut menyumbang RM2,000 untuk menaiktaraf masjid di kampung berkenaan.

Selain itu, Salleh turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada seratus fakir manakala Kamal turut menyerahkan duit raya kepada seratus anak yatim dan ibu tunggal.

Selain itu, Salleh mengumumkan peruntukan RM600,000 daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina masjid di Kampung Kupang, Kulambai.

"Selepas mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau bersetuju meluluskan peruntukan RM600,000 untuk membina masjid di kampung ini.

"Saya turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada MPB menganjurkan majlis berbuka puasa di kampung ini," katanya.

kamal1

Image: 

kamal2

Image: 

Kota Belud: dua ratus individu terdiri anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin diraikan sempena Majlis Berbuka Puasa Media Prima Berhad (MPB) di Surau Kampung Kupang, Kulambai, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853