Tawau: Sepasang kekasih dicekup polis dalam Ops Cantas selepas didapati memiliki 150 gram dadah jenis syabu di bilik sewa di Jalan Masjid Tawau, di sini.
Dalam kejadian 12.10 tengah malam tadi, kekasih masing-masing berusia 29 dan 22 tahun itu dipercayai menginap di bilik sewa berkenaan sebelum diserbu sepasukan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mustaff Maarof Mustaffa, berkata tangkapan dilakukan oleh Strike Team (ST) IPD Tawau.
Katanya, ketika sebuan diulakukan wanita terbabit didapati sedang menyorok di belakang pintu bilik.
"Hasil pemeriksaan menemui 150 gram hablur jernih dipercayai syabu dalam tiga bungkusan berasingan di dalam jaket milik suspek lelaki," katanya dalam majlis sidang media di IPD Tawau, di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai akan mengedar dadah terbabit untuk pasaran tempatan dan kawasan berhampiran.
"Dadah bernilai RM17,000 itu dirampas dan kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
syabuu
Tawau: Sepasang kekasih dicekup polis dalam Ops Cantas selepas didapati memiliki 150 gram dadah jenis syabu di bilik sewa di Jalan Masjid Tawau, di sini.