Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

APMM rampas ikan, bot asing

$
0
0
Mutakhir

sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur berkas 23 nelayan Vietnam kerana tangkap ikan secara haram di perairan negara ini.

Mereka ditahan kira-kira 110 batu nautika dari Pantai Kelantan oleh Kapal Maritim Jujur yang diketuai Pegawai Memerintahnya Leftenan Elmi Shafiq Mad Shariff dalam Operasi Perkasa Timur, 4.20 petang semalam.

Pengarah Maritim Kelantan, Kapten Nurul Hizam Zakaria, berkata bot yang membawa muatan ikan 1,500 kilogram itu dibawa pulang ke Pusat Tahanan Vesel APMM Kelantan.

"Nilai rampasan hasil tangkapan, bot dan peralatan dianggarkan RM1.5 juta.

"Seorang tekong dan 22 awak-awak berusia di antara 19 hingga 49 tahun ditahan di Pejabat APMM Kelantan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

apmm

Image: 

Kota Bharu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur berkas 23 nelayan Vietnam kerana tangkap ikan secara haram di perairan negara ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853