Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

`Musibat' punya kacang hantu

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Polis menahan empat remaja lelaki selepas didapati terbabit mencuri beg penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, awal pagi ini.

Semua suspek antara 17 hingga 22 tahun ditahan di aras tiga bangunan KKIA bersama Perodua Kenari yang dinaiki mereka, kira-kira 4 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata empat remaja itu ditahan selepas didapati mencuri troli mengandungi beberapa beg pakaian milik perempuan 41 tahun.

Katanya, wanita itu dijadualkan menaiki pesawat untuk penerbangan ke Sarawak, pada 7.30 pagi.

“Pengadu kemudiannya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis dan kita berjaya mengesan empat suspek di aras tiga KKIA.

“Ketika kenderaan mereka dihampiri polis, semua suspek dipercayai cuba melarikan diri namun diberkas.

“Pemeriksaan lanjut didapati ada beberapa beg pakaian dan makanan berselerak dalam kereta itu yang disyaki hasil kegiatan curi," katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dan rampasan termasuk kereta berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

garigari

Image: 

Kota Kinabalu: Polis menahan empat remaja lelaki selepas didapati terbabit mencuri beg penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, awal pagi ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853